Tue06192018

LAST_UPDATETue, 19 Jun 2018 4pm

Perkongsian PM Buat Faizal Lebih Bersemangat

..

Penyanyi, Faizal Tahir, gembira dan teruja apabila lagu Negaraku yang dicipta bersama Ezra Kong dan Mike Chan mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Lirik lagu bertema patriotik yang turut dinyanyikan olehnya itu dikongsi oleh Perdana Menteri menerusi Twitternya, semalam.

"Sesuatu yang menggembirakan berlaku hari ini apabila Perdana Menteri menulis lirik lagu Negaraku dalam Twitternya hari ini.

"Perkongsiannya itu benar-benar membuat saya ceria, sekali gus menaikkan semangat untuk terus menghasilkan lagu bercorak cintakan negara selepas ini," katanya seperti yang dilaporkan BH online.

Sebagai tanda terima kasih, pemenang tempat kedua Anugerah Juara Lagu ke-32 menerusi karya berjudul Sejati ini turut membalas perkongsian pemimpin negara itu dengan memuji penulis liriknya, Altimet.

Lagu Negaraku yang dinyanyikan Faizal bersama Joe Flizzow, SonaOne dan Altimet dihasilkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-59, dua tahun lalu.

Perkembangan lain, Faizal akan terlibat dengan misi kemanusiaan bersama-sama badan kebajikan dari Brunei, Hand4Hand, membawa bantuan ke kem pelarian Rohingya di Cox's Bazar, Bangladesh, pada 5 hingga 8 Mac depan.