Sat06232018

LAST_UPDATESat, 23 Jun 2018 9pm

Aaron Kwok Masih 'Berhutang' Dengan Masyarakat Hong Kong

..

Bintang Hong Kong terkenal, Aaron Kwok yang kini menjalani kehidupan bahagia bersama isteri tercinta sebenarnya terikat dengan satu janji yang pernah diungkapnya kepada seluruh rakyat negaranya kira-kira 24 tahun lalu.

Menurut laporan Sin Chew Daily, figura berusia 52 tahun itu pernah mengeluarkan satu kenyataan semasa promosi filem pada tahun 1994.

Di hadapan kamera Kwok berkata, semua orang di Hong Kong akan menerima hongbao ("sampul merah") daripadanya selepas dia berkahwin.

Bintang yang mendapat jolokan oleh netizen Hong Kong sebagai "Four Heavenly Kings of Hong Kong" ini mendirikan rumah tangga dengan model Moka Fang, 30, pada April tahun lalu. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang lahir pada hujung September lalu.

..

Kalangan peminat berpendapat, Aaron harus menunaikan janjinnya itu. Namun sebilangannya berkata dia mungkin sudah terlupa apa yang pernah diucapkan memandangkan perkara itu sudah lebih dua puluh tahun berlalu.

"Pada ketika itu, Dia mungkin tidak menyangka Hong Kong hari ini dibanjiri lebih 7 juta penduduk," komen seorang peminat.