Sat06232018

LAST_UPDATESat, 23 Jun 2018 9pm

Selebriti 'Puntianak' Kenakan Caj Untuk Hisap Darah

Caples (kanan) menghisap darah pada lengan kanan seorang wanita di Amerika Syarikat.Caples (kanan) menghisap darah pada lengan kanan seorang wanita di Amerika Syarikat.

Pennsylvania, Amerika Syarikat – Seorang wanita yang mendakwa dirinya seorang ‘puntianak’ mengenakan bayaran kepada peminatnya jika mahu dia menghisap darah mereka.

Ibu kepada dua anak itu, Julia Caples, 50, dari Noxen dari sini akan menggunakan wang hasil menghisap darah itu untuk menyara kehidupan selain membayar bil-bil penyelenggaraan dan utiliti.

Dia mengakui meminum hampir 2 liter darah sebulan sejak lebih 30 tahun lalu. Dia turut mendakwa dirinya adalah ‘perintis tulen’ kepada budaya puntianak.

"Saya adalah selebriti puntianak yang mengembara ke seluruh dunia dan muncul di kebanyakan program wawancara televisyen.

"Saya berasakan orang ramai tidak menjangkakan bahawa saya ialah puntianak sebenar,” katanya yang mempunyai sejumlah peminat di internet.

Bagaimanapun, kerjaya itu mengundang masalah kepada Caples apabila seorang jiran cuba membunuhnya dengan merempuh kenderaan masuk ke dalam rumah wanita itu.

Dia juga terpaksa berpindah randah selepas dihalau komuniti beberapa bandar selain hilang pekerjaan. – Agensi