Sat06232018

LAST_UPDATESat, 23 Jun 2018 4pm

Sekali Lagi Patung Lilin Beyonce Dianggap Gagal

.. 

Rekaan patung lilin sinonim untuk "mengabadikan" personaliti tertentu termasuk para selebriti. Walaupun banyak patung lilin yang menyerupai figura sebenar namun sesetengahnya ada yang dianggap gagal gara-gara tidak serupa dengan individu berkenaan.

Baru-baru ini, sekeping foto patung lilin yang disebut-sebut sebagai Beyonce Knowles viral di media sosial. Patung tersebut diletakkan di muzium Niagara Falls, New York, Amerika Syarikat.

Seorang netizen memuat naik gambar patung tersebut di Twitter berserta kapsyen "Menurut pihak muzium Niagara Falls, ini adalah Beyonce,".

..

Apa yang menjadi bualan hangat kerana hasil rekaan patung tersebut dikatakan gagal menyerupai malah sama sekali tidak mirip dengan Beyonce. Lantaran ia menimbulkan kemarahan kalangan peminat diva tersebut sekaligus pelbagai kritikan dilemparkan terhadap pihak muzium terbabit.

Rata-rata peminat menganggap seniman yang menghasilkan patung lilin itu tidak menghargai Beyonce sebagai komuniti kulit hitam. Ia kerana patung tersebut memperlihatkan Beyonce yang berkulit putih.

Ini bukan kali pertama Beyonce "gagal" diabadikan dalam bentuk patung. Tahun lalu, muzium Madame Tussauds juga pernah menerima kritikan akibat pengahsilan patung lilin Beyonce yang dinilai mirip dengan Britney Spears.

Entahkah. Mungkin juga kerja penghasilan Beyonce dalam bentu patung lilin memang begitu susah dan rumit.