Tue06192018

LAST_UPDATETue, 19 Jun 2018 4pm

Sehun Pula Tolak Hadiah Peminat

..

Selepas Xiumin dan Lay membuat keputusan tidak akan menerima pemberian hadiah daripada peminat, seorang lagi anggota EXO iaitu Sehun membuat keputusan yang sama.

Terdahulu, Xiumin memberikan alasan rumah mereka sudah tidak mempunyai ruang untuk menyimpan semua hadiah tersebut. Manakala Lay pula merasakan lebih baik jika hadiah -hadiah itu diberikan kepada pihak yang lebih memerlukan.

Sementara Sehun, menerusi laman resmi EXO-L meluahkan penghargaan dan terima kasihnya kepada peminat yang telah memberikan hadiah dan menganggap ia sebagai tanda cinta peminat terhadap duirinya.

Namun baginya alangkah baiknya sekira dia dapat berkongsi rasa cinta itu bersama dengan orang lain.

"Hai, in Sehun. Kamu semua menikmati musim dingin dengan hangat kan? Kesihatan kamu itu nombor satu jadi jangan sakit.

"Sudah cukup lama saya mahu menyapa EXO-L, jujur saya sudah fikirkan perkara ini sejak dulu. Ada yang ingin saya katakan kepada kamu semua. Hmm, jika melihat ke belakang, saya telah menerima banyak cinta.. dan sangat sangat berterima kasih kepada kamu semua."

"Dan saya rasa alangkah baiknya jika bukan hanya saya saja yang menerima cinta itu sendiri tapi juga orang lain. Apa itu akan membuat saya dan lainnya adalah orang-orang yang hangat? Meskipun itu tidak besar tapi saya tetap ingin memberikannya pada semua orang."

"Mulai sekarang, cinta yang diberikan setiap orang pada saya boleh diberikan kepada yang lebih memerlukan dan saya rasa orang itu akan lebih bahagia. 

"Jadi, mulai dari sekarang daripada memberi hadiah ulang tahun, saya hanya akan menerima cinta kalian semua. Dengan kata lain untuk membantu orang yang lebih memerlukan berbanding saya dan memberi harapan kepada yang lain akan jadi hadiah terindah untuk saya."

"Saya sangat bangga pada EXO-L dan saya ingin ucapkan terima kasih. Terima kasih telah membaca posting panjang saya. Selalu sihat dan nikmati waktu yang indah dengan keluarga kamu," tulisnya dengan panjang lebar.