Sat06232018

LAST_UPDATEFri, 22 Jun 2018 11pm

Tak Kenal Bomoh, Fatin Afeefa Nafi Terlibat Perbuatan Syirik

..

Pelakon Fatin Afeefa menegaskan dia tidak pernah terlibat dengan sebarang perbuatan syirik. Justeru dia mahukan kepastian kenapa Adam Shahz membuat tuduhan berkenaan dengan mengaitkan namanya.

Memetik laporan mStar online, Fatin berkata dia juga tertanya-tanya mengenai siapakah wanita yang dimaksudkan oleh bekas suami itu dengan menuduh seorang wanita telah menyihirnya?

"Bomoh tu apa? Saya tinggal di Subang (Selangor), tidak kenal bomoh-bomoh ni. Lagi pula saya sibuk dengan kerja sekarang.

"Saya tidak pasti siapa yang dia tujukan dan mungkin anda kena tanya dia dulu," ujarnya.

Adam sebelum ini mendakwa bahawa dirinya pernah disihir oleh bekas isteri itu. Pelakon Juvana itu turut mendedahkan dia pernah menjumpai beberapa barang pelik di dalam keretanya ketika mereka masih bergelar suami-isteri.

"Yes!!! Saya pernah dibomoh oleh ex-wife saya. Dia cuba perbodohkan saya bila saya tahu kecurangan yang dia lakukan.

"Kau tahu kebenaran, kau tahu dosa pahala yang dibuat. Jangan letak kesalahan pada orang lain. Allah SWT maha adil kerana statement bodoh kau cuba malukan keluarga aku," tulis pelakon tersebut di Instastory pada Rabu.

..

Katanya, dia mempunyai bukti kukuh atas segala dakwaan yang dibuat itu.

"Saya tidak takut kalau dia ambil tindakan kerana saya ada semua bahan bukti apa yang dilakukan selama ini. Salah satunya dalam gambar yang saya muat naik itu adalah bahan sihir yang saya jumpa dalam kereta," ujarnya.

Fatin dan Adam bercerai pada 30 Mei 2017 dengan talak satu.

Sementara itu, Adam turut menafikan bahawa dia masih menganggu bekas isterinya itu biarpun selepas lapan bulan berpisah.