Mon06182018

LAST_UPDATEMon, 18 Jun 2018 9am

Sajat Mengaku Sudah Dedah Identiti Sebenar Pada Jakim

..

Menerusi laporan mStar online, usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman mengaku bahawa beliau telah memaklumkan mengenai identiti sebenar dirinya kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut Sajat, pendedahan itu dibuat pada pertemuan pertama beliau dan kedua ibu bapanya dengan Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof di Wisma Nur Sajat di Shah Alam, 16 Januari lalu.

"Saya dah dedahkan mengenai identiti sebenar saya kepada Dr Izwan dalam pertemuan terdahulu.

"Ibu bapa saya juga telah memberi keterangan mengenai identiti saya kepada dia," katanya.

Sajat bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai 'identiti' yang didakwa telah didedahkannya kepada Jakim itu.

Sementara mengulas mengenai dakwaan Mohd Izwan mengatakan Jakim ‘dihalang’ oleh orang ketiga di pihak Sajat untuk meneruskan prosedur bagi mengesahkan identiti sebenar usahawan kosmetik itu.

"No komen," kata Sajat ringkas

Bagaimanapun, Mohd Izwan yang juga pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) Jakim berkata, pihaknya tetap komited meneruskan proses untuk mendapatkan pengesahan identiti sebenar usahawan itu bagi menjawab persoalan masyarakat.

Dalam pada itu Sajat mengakui terdapat persetujuan antara beliau dan Jakim dalam menjalinkan kerjasama.

Beliau berkata, kerjasama yang dimaksudkan adalah lebih kepada pembabitannya dalam mana-mana program pembangunan perniagaan dan motivasi yang dikelolakan oleh jabatan itu.