Mon06182018

LAST_UPDATEMon, 18 Jun 2018 9am

G-Dragon Masuk Kem Tentera Senyap-Senyap 27 Februari Ini

..

Selepas penyanyi rap TOP menjadi anggota Bigbang yang pertama menjalani latihan khidmat ketenteraan, kini giliran ketuanya pula, G-Dragon.

Pemilik nama sebenar Kwon Ji Yong ini bakal memulakan latihannya pada 27 Februari ini.

Berita tersebut disahkan oleh agensi dan pengurusan YG Entertainment menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada 14 Februari.

"G-Dragon akan mendaftar sebagai askar dan memulakan tugas 27 Februari.

"Buat masa ini kami hanya boleh mengumumkan tarikh yang ditetapkan.

"Lokasi pendaftaran belum dimaklumkan lagi dan GD akan mendaftar secara diam-diam dan peribadi tanpa sebarang acara atau ucapan selamat.

Ketika persembahan semasa konsert 'Last Dance' Big Bang pada 31 Disember lalu, ikon fesyen itu sempat mengungkap kata-kata kepada peminat sekaligus membayangkan seolah-olah ucapan terakhirnya sebelum 'berehat' dari dunia seni selama dua tahun nanti.

"Sama seperti ketika musim sejuk, musim bunga datang, semua orang mesti kekal sihat dan jangan sedih, dan kita akan dapat bertemu lagi tidak lama lagi," katanya.