Sat05262018

LAST_UPDATESat, 26 May 2018 10am

Dihukum Buat Kerja Sosial 60 Jam Akibat Langgar Lampu Isyarat

..

Aktres popular Taiwan, Joe Chen dijatuhi hukuman wajib melakukan perkhidmatan masyarakat selama 60 jam selepas didapati bersalah kerana memandu dalam keadaan di bawah pengaruh alkohol (DUI).

Pada 4 Januari lalu, wanita berusia 38 tahun yang dikenali sebagai Queen of Idol Dramas itu ditahan polis melakukan kesalahan jalan raya.

Dia yang memandu sebuah kereta jenis Mini Cooper berwarna putih melanggar lampu isyarat merah ketika melalui jalan Zhongxiao East. Dia ditahan selepas polis selepas pemeriksaan mendapati kandungan alkohol dalam darahnya sebanyak 0.67 mg/L.

Selepas tiga jam disoal siasat, Joe dibebaskan dengan ikat jamin NT$ 100,000.

Pada 7 Februari lalu, Joe telah dijatuhi hukuman mandatori 60 jam perkhidmatan masyarakat, yang mesti diselesaikan dalam tempoh dua tahun.