Sat06232018

LAST_UPDATESat, 23 Jun 2018 4pm

Peminat Obses Ancam Nak Jumpa Miley Cyrus

..

Bintang sensasi Miley Cyrus dikatakan menerima satu ancaman daripada seorang peminat fanatiknya yang merancang mahu bertentang mata dengan Miley tidak lama lagi.

Sejak beberapa minggu yang lalu, peminat lelaki yang berasal dari daerah Milwaukee itu memuat naik beberapa status di Facebook mengatakan dia tahu alamat rumah Miley dan sudah lama menyimpan hasrat mahu mengunjungi kekasih kepada Liam Hemsworth itu.

Bukan itu saja, dia juga mendedahkan perancangannya untuk memasuk rumah pelantun lagu Wrecking Ball itu.

Status berkenaan menarik perhatian umum namun ada pihak yang menganggam luahan peminat tersebut satu ancaman dan berbahaya kepada diri Miley. Atas keprihatinan, beberapa individu bertindak melaporkannya pada pihak polis Milwaukee.

Lapor TMZ, Sebaik menerima laporan, pihak polis Milwaukee bertindak dan menjalankan siasatan. Namun difahamkan peminat itu telah pergi ke Los Angeles.

Pihak polis Milwaukee menghubungi polis di Los Angeles sebagai langkah melindungi dan menjaga selamatan Miley.

"Kami diberitahu bahwa individu tersebut telah pergi ke Los Angeles.

"Polis di Los Angeles telah menemuinya pada Isnin lalu. Lelaki itu telah ditahan serta dibawa menjalani rawatan psikologi.

"Kami tidak tahu sama ada Miley menyedari ancaman ini. Tetapi kami telah menghubungi pengurusan dan penguamnya," kata wakil polis.