Wed02212018

LAST_UPDATEWed, 21 Feb 2018 1pm

Pelakon Popular Era 80-an Azmil Mustapha Meninggal Dunia

..

Aktor era 80-an, Azmil Mustapha, 65, dilaporkan meninggal dunia sekitar pukul 1 tadi di kediamannya di Seksyen 9, Shah Alam.

Memetik laporan Utusan online, pelakon yang namanya cukup popular menerusi filem fenomena Ali Setan itu difahamkan meninggal dunia dalam tidur.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alam (Masjid Biru) untuk urusan serta solat jenazah sebelum di bawah ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam.

Allahyarham sebelum ini pernah dua kali mendirikan rumah tangga, namun kedua-duanya tidak kekal lama. Melalui perkahwinan pertama, Azmil dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Shamira.

Manakala dengan isteri kedua pula, dia kurniakan empat anak iaitu Nur Azalea Arifah, Nur Amalia Batrisha, Muhammad Bazli Zhafri, dan Nur Alia Iman.

Allahyarham juga mempunyai seorang cucu bernama Alexandria Carina.