Mon05212018

LAST_UPDATEMon, 21 May 2018 11pm

Saya Bukan Jenis ‘Meroyan’ di Media Sosial - Adira

..

Baru-baru ini nama Adira Suhaimi kembali panas selepas menjadi penghias muka hadapan sebuah majalah hiburan dengan pelakon sensasi Izreen Azminda bagi keluaran Februari.

Semuanya gara-gara status mereka yang bergelar isteri kedua sehingga mencetus perbalahan antara netizen di alam maya.

Menurut laporan Utusan, bekas bintang Akademi Fantasia musim kelapan itu lebih selesa untuk berdiam diri dan tidak melayan komen-komen negtif menerusi media sosial yang dilemparkan terhadap dirinya.

Katanya, dia tidak mahu mencurah minyak ke dalam api sebaliknya lebih senang melakukan halnya sendiri.

"Saya sudah lali dengan kecaman dan kontroversi malah tidak suka melayan komen-komen negatif seperti itu.

"Saya lebih senang ambil langkah mendiamkan diri saja.Kalau semakin dilayan, kita pula yang semakin sakit hati.

"Jadi adalah lebih baik supaya tak dilayan perkara-perkara seperti itu. Lama-kelamaan mereka akan diam sendiri.

"Sebab saya sedar orang kita sangat sensitif tentang isu-isu berkaitan poligami,” terangnya.

Malah Adira berkata, dia juga tiada masalah dengan tajuk pilihan seperti yang terpampang di muka hadapan majalah tersebut.

Ujarnya, dia sedar pilihan tajuk-tajuk yang menarik perhatian seperti itu adalah salah satu cara untuk melariskan penjualan majalah dan bukannya memberi stigma negatif seperti yang didakwa netizen sehingga ada yang mahu memboikot majalah tersebut.

"Secara jujurnya saya okay saja dengan pilihan tajuk itu. Saya tiada masalah dengannya. Netizen sepatutnya memahami situasi.

"Bukannya kami sengaja suka-suka untuk dikecam. Saya jenis yang tidak akan ‘meroyan’ di media sosial dan melepaskan kemarahan kepada netizen.

"Saya lebih suka senyapkan diri walau banyak kata nista dilemparkan. Selagi tidak membabitkan keluarga, saya okay sahaja,” tuturnya.

Adira mendirikan rumah tangg dengan usahawan Datuk Seri Adnan Abu (Datuk Red) di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Anggerik.