Mon06182018

LAST_UPDATEMon, 18 Jun 2018 1pm

Mabuk Asmara Dengan Kekasih 13 Tahun Lebih Muda

..

Ratu Pop, Britney Spears dikatakan kini sedang hangat menjalin hubungan intim dengan model dan jurulatih kecergasan dikenali sebagai Sam Asghari.

Malah penyanyi yang pernah hit dengan lagu Baby One More Time itu seniri pernah mengungkap dia adalah wanita 'wanita paling beruntung di dunia' selepas bertemu dan bersama pemuda itu sejak tahun 2016.

Hubungan pasangan ini mula terjalin selepas Sam memberikan nombor telefonnya kepada Britney dan selebriti itu terus menghubunginya.

Meskipun usia mereka berbeza 13 tahun namun tidak menjadi penghalang buat kedua-duanya. Britney, 36, yang berstatus ibu tunggal dan memiliki dua cahaya mata menyifatkan Sam sebagai seorang yang lucu dan banyak mengubah dirinya menjadi lebih baik.

Selain sering melancing, pemuda berusia 23 tahun itu memupuk minat Britney supaya gemar melakukan senaman seperti berjogging.