Sat06232018

LAST_UPDATESat, 23 Jun 2018 4pm

Teater Bertaraf Dunia!, Ini 10 Lagi Sebab Anda MESTI Tonton Muzikal Ola Bola

..

Setelah setahun sejak mendapat idea dan berkerja keras untuk merealisasikan pementasan teater muzikal Ola Bola, akhirnya Puan Sri Tiara Jacquelina boleh menarik nafas lega kerana karya sulung arahan beliau akan membuka tirai di Panggung Sari, Istana Budaya bermula malam ini sehingga 11 Mac depan.

Malaysian Digest berpeluang menyaksikan teater yang disebut-sebut bakal mencetus fenomena luar biasa (malah akan mengulangi fenomena seperti mana yang pernah dicipta teater muzikal Puteri Gunung Ledang yang dipentaskan pada tahun 2006) ini pada majlis tayangan eksklusif bersama media yang yang berlangsung malam tadi.

..

Selama lebih kurang dua jam setengah menonton, teater Muzikal Ola Bola ternyata memberi satu pengalaman baru dan cukup luar biasa! Jadi kepada para peminat filem Ola Bola, para pencinta teater muzikal, para peminat fanatik bola sepak juga bagi mereka yang belum pernah menonton teater muzikal, kalian tidak boleh terlepas peluang untuk menyaksikan naskah hebat terbitan produksi yang bukan calang-calang, Enfiniti Production ini. Sebabnya...

 

1. Masuk Panggung ker Masuk Stadium Ni??

Ya, itu persoalan pertama yang terlintas di fikiran semua penonton. Memang, sebab sebaik saja melangkah masuk ke dalam panggung sari, anda akan berasa seperti berada di dalam stadium keramat, Stadium Merdeka sekitar tahun 1976. Suasana gamat dengan sorakan penyokong bergema dalam seluruh panggung. Pendek kata, memang betul-betul datang nak saksikan perlawanan bola lah. Serius happening!

 

2. Cipta Rekod, Cetus Fenomena

..

Dijayakan gabungan tenaga kerja seramai 200 orang kru (termasuk pelakon dan kru produksi) teater muzikal yang diinspirasikan daripada filem pecah panggung, Ola Bola (arahan pengarah Chiu Keng Guan) ini mencipta sejarah tersendiri sebagai persembahan paling lama jumlah hari pementasan yang pernah diadakan di Istana Budaya, malah pertama kalinya teater ini menampilkan bentuk teknologi digital yang membuka dunia baharu dalam reka bentuk seni teater. Pehhh, terbaik dan gempak!

 

3. Bakat Muda VS Profesional

Diterajui barisan pelakon muda dan malahan antara mereka namanya belum pun dikenali dalam industri lakonan tanah air namun hasil lakonan live mereka di pentas tidak mengecewakan! Kita tahu bukan senang untuk seorang pelakon meskipun berprofil tinggi bahkan ada sesetengahnya masih belum berani berlakon teater, tetapi bintang muda seperti Luqman Hafiz (Ali), Jian Wen (Chai), Brian Chan (Taukeh) and the geng berjaya menyahut cabaran kali ini sekaligus membuat Tiara tersenyum bangga.

..

Begitu juga dengan barisan pelakon yang sudah biasa dengan pementasan teater seperti Douglas Lim dan Iedil Putra. Memegang watak sebagai Rahman, Iedil berjaya membuat penonton jatuh cinta pada si pemuda yang bercita-cita mahu menjadi pengulas sukan profesional itu. Lebih-lebih lagi ketika dia mengulas perlawanan bola sepak.

Manakala Douglas (sebagai Uncle Wong) pula, gerenti akan buat anda gelak sakan dengan gelagatnya dan jenaka-jenakanya yang selamber. Memang tak bosan!

Dan penampilan Stephen Rahman Huges sebagai jurulatih (coach Harry Mountain) pasukan Harimau Malaya juga akan memukau anda dengan lakonan serta nyanyian beliau.

..

 

4. Set dan Props Yang... Wow!

..

'Membawa' sebuah stadium di dalam panggung merupakan sesuatu yang belum pernah ada dan belum dibuat oleh mana-mana pementasan teater tempatan mahupun di peringkat antarabangsa. Tetapi, Tiara dan kru produksinya telah membuktikan itu tidak mustahil untuk direalisasi!

Seperkara lain yang menarik, set, props serta elemen digital yang digabungkan berjaya menghidupkan lagi jalan cerita teater ini dan gerenti semua itu akan buat anda berkata, wow, gempak habis! Tak cukup dengan padang bola, kedai kopitiam, sebuah lori juga ada di pentas. Dan yang paling gempak di pertengahan cerita, sebuah helikopter akan mendarat di pentas untuk mengambil pasukan Harimau Malaya yang baru selesai menjalani sesi latihan.

 

5. Elemen CGI, Animasi dan 'Action'
Ini juga satu lagi kelainan dan showmanship (aksi tendangan, tandukan, sepakan bola) yang anda dapat tengok hanya di teater Ola Bola The Musical. Sekaligus buat anda semakin teruja dan seronok sepanjang perlawanan-perlawanan yang membabitkan pasukan Harimau Malaya bertarung menentang pasukan negara seperti Sweeden, Filipina, Indonesia dan Korea Selatan. Anda juga akan terpukau dan kagum dengan paparan lakaran animasi ala filem marvel yang diselitkan dalam beberapa babak. Effect memang meletoppp! Siap ada babak instant replay lagi!

..

 

6. Lucu, Sedih, Dramatik, Motivasi, Harmoni
Cukup rencah! Semua elemen ini ada di dalam Ola Bola Muzikal. Latar belakang kehidupan masyarakat yang berbilang kaum terdiri daripada Melayu, Cina dan India yang secara tidak langsung menggambarkan suasana negara kita yang sangat harmoni dan majmuk sejak dari zaman dulu lagi.

Ada babak lucu yang memang tidak anda jangka dan tak sedia nak gelak tapi akan buat anda gelak terbahak-bahak. Ada babak menyentuh perasaan antara bapa dan anak juga adik dan abang. Ada babak dramatik dan suspen antara Ali dan Eric, Taukeh dan pasukannya. Walaupun timbul beberapa konflik antara mereka namun sebagai satu pasukan mereka terus menguatkan semangat demi mengharumkan nama negara. Ini yang anda kena tengok!

 

7. B-Boys, Rap!, Lagu
Ternyata Tiara bijak mencuri perhatian anak-anak muda masa kini untuk menonton Ola Bola apabila garapan jalan cerita muzikal ini turut diselitkan dengan elemen muzik rap dan aksi kumpulan B-Boys yang sekaligus menarik perhatian anak-anak muda.

Selain itu, lagu-lagu yang mengiringi teater ini juga catchy dan senang lekat dalam kepala. Malah ada babak yang buat anda ikut sama menyanyi dengan para pelakon di pentas.

Altimet "Rapper God of Malaysia"

..
Itu jolokan yang diberikan Tiara untuk penyanyi rap terkenal, Altimet yang diamanahkan untuk mencipta lirik-lirik rap untuk teater ini. Anda kena dengar dan tonton sendiri nanti. Bukan itu saja, Altimet buat pertama kali menyahut cabaran berlakon di pentas teater dan dia berjaya menghidupkan watak Sarjan Ahmad dengan baik. Tabik Sarjan!!! You cover me, I cover you!

 

8. Sama-sama bersorak untuk Harimau Malaya

Tak namanya tengok bola la kalau tak bising, tak bersorak kan. Jadi jangan malu-malu untuk bersorak! Dengan suasana berlatarkan sorakan penyokong sepanjang perlawanan, buatkan anda secara automatik juga ikut sama bersorak untuk Harimau Malaya! Jadi jangan malu-malu untuk bersorak. Itu uniknya teater ini apabila anda juga diheret sama terlibat ketika pementasan berlangsung.

 

9. Kebanggaan Kita!

..

Dengan mesej dan jalan ceritanya dan dipersembahkan dengan gaya yang hebat, Ola Bola adalah satu naskah yang boleh memberi menjadi kebangaan kita semua. Masakan tidak, ia berkisar tentang sejarah negara kita, tentang pasukan bola sepak kita, tentang kesepaduan, permuafakatan, setia kawan, kerja sepasukan, tentang semangat kita semua!

 

10. "Setiap Manusia Mampu Menjadi Wira Luar Biasa"

Ia merupakan bait dalam salah satu lagu teater ini. Dan selepas ini pastinya ayat keramat ini akan menjadi status pilihan ramai sekaligus viral dan akan menjadi tagline motivasi untuk ramai orang.

Difahamkan tiket hampir sold out! Jadi kepada anda yang belum mendapatkan tiket, cepat-cepat dapatkan sebelum anda menyesal! Maklumat lanjut layari laman web www.olabolamusical.com.