Mon06182018

LAST_UPDATEMon, 18 Jun 2018 9am

Nanti Kalau Sudah Jadi, Baru Saya kongsi - Fasha Sandha

..

Mengakui dirinya kini semakin bahagia sejak berkawan rapat dengan seorang jejaka namun aktres jelita, Fasha Sandha memutuskan untuk tetap mengunci mulut mengenai identiti lelaki yang dimaksudkan itu.

Memetik laporan BH online, ibu tunggal dua cahaya mata ini berkata buat masa ini dia selesa berkawan saja dengan pemuda tersebut.

Malah wanita berusia 33 tahun ini mahu lebih berhati-hati dalam berkongsi mengenai hal peribadi kepada umum sehinggalah hubungan mereka sudah pasti untuk ke fasa yang seterusnya.

"Hanya saya seorang yang tahu dengan siapa saya berkawan. Buat masa ini, saya lebih selesa berkawan saja. Bukan tak nak dedahkan, tetapi saya takut tak jadi. Bahagia kita jangan ditunjuk, nanti orang curi. Derita kita pula jangan beritahu semua orang, nanti kena keji.

"Biarlah rasa bahagia itu saya simpan dalam diri. Nanti kalau memang sudah jadi, barulah saya akan kongsi. Apa pun, saya akui sangat bahagia sekarang kerana saya tidak lagi rasa sunyi," kata.

Dalam pada itu, pelakon yang bakal muncul menerusi filem Badang ini berkata, dia memberikan tempoh dua tahun untuk dirinya sebelum mengambil keputusan untuk kembali berumah tangga

"Seronok sebenarnya apabila memegang status 'single'. Saya bebas nak berkawan dengan sesiapa saja dan orang juga senang nak dekati kita. Maklum sajalah, apabila hidup solo, ia bermakna kita tak ada komitmen.

"Kalau betul lelaki itu mahukan saya, dia kenalah bersabar. Setakat ini tiada siapapun yang mendesak," tuturnya.