Sun06242018

LAST_UPDATESun, 24 Jun 2018 3pm

Salam 'Tangan' Mendiang Suami Sebelum Menyanyi

..

Bergelar seorang diva, Celine Dion ternyata sudah mempunyai banyak pengalaman beraksi dan membuat persembahan pentas disaksikan para peminatnya.

Namun satu perkara yang mungkin ramai belum tahu, setiap kali sebelum naik ke pentas, pelantun lagu My Heart Will Go On ini punya kebiasaan dan doa khas dengan cara unik dan tersendiri.

Celine Dion mengaku dia selalu berjabat 'tangan suaminya', Rene Angelil. Namun ia hanya sebuah replika.

"Saya berjabat tangan dengan suami saya, mengetuk kayu dengannya setiap malam sebelum membuat persembahan," dedah bintang berusia 49 tahun ini seperti yang dilaporkan Sunday Telegraph.

Tambah Celine lagi, dia selalu 'berbincang' dengan mendiang suaminya itu. Walaupun sudah tiada namun Celine merasakan dia bertanggungjawab untuk bertanya khabar kepada Rene.

Pada 14 Januari 2016, Celine Dion ditinggal Rene untuk selama-lamanya. Penerbit tersebut meninggal dunia selepas menderita akibat kanser paru-paru.

Hasil perkongsian hidup dengan Rene, Celine mempunyai zuriat iaitu seorang anak lelaki dan sepasang kembar.

..