Sun02182018

LAST_UPDATESun, 18 Feb 2018 3pm

Pelakon Disney Tak Boleh Beri Jawapan Ini

..

Taman tema Disneyland adalah tempat yang paling ajaib di dunia bagi kanak-kanak, juga untuk sesetengah orang dewasa.

Tetapi sebagai sebuah dunia ajaib, pelakon atau pemegang sesuatu watak harus mematuhi beberapa peraturan yang ketat untuk memastikan semua pengunjung percaya bahawa mereka sedang berada dalam dunia dogeng.

Lapor The Sun, pelakon Disney tidak dibenarkan untuk mengeluarkan kata-kata ‘saya tidak tahu’ dalam apa jua keadaan.

Bercakap kepada Popsugar, seorang bekas pekerja Disney menjelaskan: "Jika seorang tetamu bertanya kepada anda soalan, anda mesti mempunyai jawapan, tidak ada pengecualian."

"Jika anda tidak tahu, cari jawapannya, tetapi jangan kata anda tak tahu. Jika itu soalan ‘bodoh’, buat jawapan yang bodoh.

"Petugas perlu memberi jawapan dengan cepat, jadi, jika suatu hari nanti anda berada di Disneyland, mungkin anda boleh cuba mencari jawapan lucu daripada Cinderella."

Bekas pekerja Disney itu berkata: “Jika seorang kanak-kanak bertanya apa yang Tinker Bell makan sebelum terbang, lebih baik anda cepat-cepat beri jawapan.”

Sekiranya ini mengejutkan anda, terdapat lebih banyak rahsia yang dibongkarkan oleh pekerja Disney.

Adakah anda tahu bahawa mereka juga boleh menawarkan naik taraf hotel percuma kepada tetamu, dengan tindakan kebaikan secara rawak?