Sat01202018

LAST_UPDATESat, 20 Jan 2018 10am

Didie Alias Teruja Bakal Bergelar Nenek

..

Selebriti popular Didie Alias, 45, teruja kerana bakal menimang cucu lelaki, pada Mac nanti.

Lapor Sinar Harian online, anak sulungnya, Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan kini sedang hamil enam bulan.

"Alhamdulillah, tak sabarnya. Maklumlah cucu pertama. Insya-Allah, cucu lelaki.

"Bolehlah dia panggil saya nannygaga je nanti," katanya pada Sinar Harian.

Pada masa sama, pengacara dan pelawak yang terkenal dengan jolokan Lady Gaga Malaysia ini turut mendoakan agar kandungan anaknya berada dalam keadaan sihat.

"Alhamdulillah, sihat nampak cucu nanny kat dalam tu.

"Muga dipermudahkan ya sayang. Amin," tulisnya di Instagram sambil disertai #makbuyungteringinmakanpengatdurian dan #nannygaga.

..