Wed01172018

LAST_UPDATEWed, 17 Jan 2018 9pm

"Saya Dan Malaysia Sudah 'Kenal' Lama" - The Rock

..

Bintang terkenal Hollywood, Dwayne Johnson atau The Rock, mengakui beliau mempunyai banyak kenangan istimewa di negara ini sejak dari zaman beliau aktif sebagai ahli gusti satu ketika dulu.

"Malaysia, anda punya tempat istimewa di hati saya," kata figura berusia 45 tahun ini menerusi satu video yang dimuat naik di laman instagram miliknya.

Dalam video tersebut, The Rock terharu apabila filem terbaharunya Jumanji: Welcome to The Jungle berjaya disenaraikan sebagai filem ketiga terlaris di sini sedangkan ia baru memasuki minggu kedua tayangan.

"Terima kasih Malaysia! #Jumanji sudah menjadi filem ketiga terlaris, mungkin nanti boleh jadi filem terlaris, siapa tahu?

"Saya dan Malaysia sudah 'kenal' lama sejak zaman gusti dahulu, ada beberapa pertarungan yang tidak dapat dilupakan di sini (Kuala Lumpur), selamanya saya berterima kasih atas sokongan anda semua," katanya.

..

Antara negara lain yang menerima penghargaan daripada bekas ahli gusti itu adalah Mexico, Perancis, Indonesia beberapa negara lain.

Setakat 22 Disember lalu, Jumanji mencatatkan kutipan lebih RM19 juta sejak mula ditayangkan pada 14 Disember.

Lapor Sinar Harian online, Eksekutif Pemasaran Senior Sony Pictures Entertainment
Malaysia, Tan Phui Mun berkata, tidak mustahil untuk filem itu mengutip sehingga RM30 juta sekaligus menjadi filem terlaris sepanjang zaman.