Jennifer Aniston, Suami Bercuti Bersama Selepas Bergaduh Besar

  • Print

..

Keharmonian rumah tangga pasangan Jennifer Aniston dan Justin Theroux sejak dua tahun lalu dilaporkan semakin buruk sejak kebelakangan ini.

Lapor AceShowbiz, pada 14 Disember lalu, Jennifer dan Justin telah bertengkar dan seakan bakal mengakhiri konflik yang melanda perkahwinan mereka dengan perpisahan

"Pada mulanya, mereka bertengkar seperti pasangan lain. Tapi, kali ini pertengkaran yang terjadi itu menjadi besar dan tidak terkawal sehingga Jen menjadi sangat marah," kata seorang sumber.

Justin dikatakan mengambil pendekatan mengelak daripada situasi itu sebelum terjadinya pertengkaran secara fizikal.

Tetapi dari satu sisi lain, Justin juga didakwa bersikap miang terhadap gandingannya dalam siri Maniac, aktres Emma Stone.

"Ketika ini, lebih banyak perselisihan daripada kepercayaan antara Justin dan Jen. Hubungan mereka akan berakhir buruk jika mereka tidak segera menyelesaikan masalah tersebut" kata satu sumber lagi.

Meskipun terpalit dengan krisis rumah tangga namun Jennifer dan Justin dilaporkan telah pergi bercuti bersama di Mexico pada 27 Disember lalu. Tidak hanya berdua, sahabat mereka iaitu pasangan Jason Bateman dan isteri, Amanda Anka juga ada bersama.