Fri07202018

LAST_UPDATEThu, 19 Jul 2018 11pm

Tamat Kontrak Bukan Sebab Masalah Disiplin

..

Khidmat Shahrol (Shiro) sebagai penyampai radio Suria FM tamat bukan disebabkan masalah disiplin sebaliknya pelawak itu menerima tawaran di stesen radio swasta lain.

Memetik laporan mStar online, pelawak berkenaan telah berbincang dengan pihak stesen radio berkenaan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk tidak menyambung kontraknya.

"Bukan sebab masalah disiplin atau komitmen, tapi dia dapat tawaran lebih baik daripada Best FM dan saya hormati keputusan dia untuk berhijrah.

"Kami sudah menawarkan gaji lebih tinggi tapi mungkin hati dia sudah di sana, jadi kita lepaskan sahaja," kata Pengurus Program Suria FM, Dj Lin, seperti yang dilaporkan mStar Online.

Beliau berkata demikian sekaligus menafikan dakwaan pemberhentian pelawak tersebut adalah berkaitan masalah disiplin dan prestasi kerja yang kurang memuaskan.

Shahrol mengendalikan segmen Ceria Pagi Suria bersama Zulin Aziz dan Fizi Ali selama tiga bulan.