Sat01202018

LAST_UPDATESat, 20 Jan 2018 10am

Gadis Dakwa Lahirkan Zuriat Aktor Popular Terima Keputusan Ujian DNA

Gambar hiasan.Gambar hiasan.

Beberapa bulan lalu, masyarakat dikejutkan dengan pendedahan gadis berusia awal 20-an mendakwa dia telah melahirkan seorang zuriat selepas melakukan hubungan terlarang dengan seorang pelakon lelaki popular.

 

Lapor mStar online, wanita berkenaan sudah pun melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

"Saya sudah membuat ujian DNA dan ternyata anak itu bukan hubungan dengan mana-mana artis dan saya minta maaf jika ada yang menjadi mangsa fitnah selepas kenyataan saya tempoh hari.

"Saya harap dengan kenyataan saya ini dapat menjernihkan nama mana-mana artis yang terkait," katanya.

Gadis berkenaan mengakui kesilapanya dalam membuat tuduhan dengan terburu-buru sehingga memberi persepsi buruk kepada beberapa artis lelaki tanah air.

"Saya akui kesilapan saya dalam membuat tuduhan melulu dan menyebabkan beberapa artis terkena tempias.

"Saya juga bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang sanggup menerima saya seadanya," ujarnya.

Terdahulu, pada pada awal November lalu, wanita berkenaan mendedahkan hamil selepas bertemu semula dengan kekasih lamannya yang juga seorang aktor menerusi aplikasi Bego.

Dia melakukan pendedahan tersebut sebagai meminta pelakon drama itu tampil bertanggungjawab terhadap perkara berkenaan.