Thu01182018

LAST_UPDATEWed, 17 Jan 2018 11pm

Erry Putra Tunggu 'Lampu Hijau' Pinang Cikgu

..

Kekecewaan hati pelakon dan penyanyi Erry Putra dek kerana hubungannya cinta yang lalu tidak berpanjangan akhirnya terubat selepas dia bertemu pengganti.

Lapor Utusan online, pelakon drama Andainya Takdir ini mengakui hatinya kini sudah dimiliki seorang gadis. Malah dia sedang menunggu lampu hijau daripada kekasihnya untuk masuk meminang sekali gus menyunting gadis tersebut menjadi isterinya.

"Saya sudah ada pengganti dan hanya menunggu `lampu hijau’ daripadanya memandangkan dia seorang guru pelatih di sebuah sekolah. Jadi, dia meminta masa terlebih dahulu,” jelasnya.

Enggan berkongsi nama kekasihnya buat masa ini, kata Erry pertemuan pertama mereka berlaku ketika dia datang ke sekolah kekasihnya itu atas urusan kerja.

"Apa yang boleh saya beritahu dia berasal dari Perak dan merupakan seorang guru pelatih sahaja.

"Memang saya yang mendekatinya dahulu, Jangan risau kalau semuanya sudah disahkan saya akan kongsi,” tambahnya lagi.

Mengenai perkembangan seni, Erry ketika ini sedang sibuk mempromosikan lagu terbaharunya berjudul Aku Tahu. Kali ini Erry juga turut berduet dengan adiknya Syafiq Putra.

Selain, dia bekerjasama dengan komposer baharu, Jonathan dari syarikat rakaman Macam Macam Music yang beroperasi di Sabah.