Sat06232018

LAST_UPDATEFri, 22 Jun 2018 11pm

Mesej Lamaran Untuk Tiffany di Bangunan Tertinggi Taiwan

..

Walaupun sudah tidak lagi bersama Girls Generation namun Tiffany Hwang masih meraih populariti dan sentiasa menjadi idaman terutama kalangan peminat lelaki.

 

Buktinya, baru-baru ini seorang peminat fanatik menunjukkan rasa cintanya terhadap penyanyi yang lahir di San Francisco, California itu dengan cara yang unik.

Lapor AllKpop, baru-baru ini pihak bangunan Taipei 101 telah menganjurkan satu promosi di mana sesorang individu bertuah yang terpilih berpeluang membuat pesanan dan mesej tersebut akan dipaparkan pada bangunan yang pernah diiktiraf sebagai bangunan tertinggi di dunia itu.

Kebetulan individu yang terpilih berkenaan merupakan peminat fanatik Tiffany. Menggunakan kesempatan tersebut sebaik-baiknya, peminat itu akhirnya memutuskn untuk membuat pesan yang bertulis, 'Miyoung ah, kahwinlah denganku'.

..

Miyoung adalah nama Korea Tiffany. Difahamkan penggemar itu mahu menuliskan 'Tiffany', tetapi disebabkan ruang terhad, dia menukar kepada nama 'Miyoung'.

Mesej lamaran dalam huruf Mandarin itu berkelap-kelip di Taipei 101 dan tentunya dapat dilihat dan dibaca oleh seluruh penduduk Taipei yang berada di sekitar kawasan berkenaan sekaligus tular dan menjadi tajuk utama berita tempatan Taiwan.

Rata-rata netizen memberi komen berharap lamaran romantik dan unik itu sudah sampai ke pengetahuan Tiffany.