Sun06242018

LAST_UPDATESun, 24 Jun 2018 8pm

Kongsi Foto Seksi, Tasha Dianggap Sengaja Lagi Cipta Kontroversi

..

Tasha Shilla kembali dengan kontroversi baru, kali ini gara-gara foto memakai seluar pendek paras punggung dan baju yang menampakkan bahagian bahu yang dimuat naik di laman Instagram.

Lapor mStar online, pelakon drama Sedingin Cinta Antasya itu memaklumkan dia ingin bercuti di pantai menerima kecaman daripada netizen.

"Saya perlukan vitamin laut. Tiba masa untuk berjemur di bawah matahari," tulis Tasha.

..

Foto tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial. Rata-rata netizen menganggap pelakon wanita tersebut sengaja menimbulkan kontroversi yang sama untuk menaikkan semula popularitinya.

"Sudah lama tak masuk berita panas. Sesekali nak naik rating semula dia buat lagi.

"Lama dah sendu! Masuk gambar seksi esok terkenal balik," tulis netizen di Instagramnya.

Namun ada juga segelintir pengikut di laman sosialnya menyelar semula netizen yang hanya suka mengecam artis. Mereka berpendapat bahawa artis juga seorang manusia dan berhak untuk menjalani kehidupan seperti orang biasa.

Terdahulu, Tasha pernah dikecam kerana berpakaian seksi sewaktu menghadiri perasmian sebuah sebuah majalah fesyen dari Perancis pada 2015.

Pada tahun lalu sekali lagi nama Tasha menjadi perhatian apabila tersebarnya sekeping foto separuh bogel yang didakwa miripnya. Namun, Tasha mengambil langkah berdiam diri dan telah membuat laporan polis mengenai isu tersebut.