Sun12172017

LAST_UPDATESun, 17 Dec 2017 3pm

Sakit Tapi Masih Boleh Bekerja

..

Penyanyi Elyana, 30, mengakui lega selepas dia berterus terang dengan peminat dan masyarakat mengenai penyakitnya.

Lapor Harian Metro, pelantun lagu hits Kalis Rindu ini berkata, pernah timbul rasa bimbang sekiranya orang akan menjauhi dirinya selepas berkongsi perkara tersebut tetapi rupanya ramai yang memberi sokongan moral.

"Sebenarnya saya tak suka berahsia dan lega apabila dapat berkongsi mengenai penyakit saya dengan peminat dan masyarakat.

"Terlintas juga di hati jika saya beritahu, bimbang orang menjauhi tetapi rupanya tidak, malah mereka terus menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada saya," katanya.

Menurut ibu anak satu ini dia masih menjalani kehidupan seperti biasa dan masih mampu membuat persembahan pentas. Cuma ada ketika dia mengalami sesak dada dan sukar bernafas. Namun selepas berehat dia akan kembali pulih.

"Saya masih boleh bekerja (menyanyi) seperti biasa cuma ada ketika badan saya terasa lesu tetapi tidak pernahlah terlantar sehingga tidak boleh bangun.

"Saya masih boleh bekerja cuma ada ketika saya sukar bernafas dan sesak dada tetapi selepas berehat seketika, saya pulih.

Pada 26 November lalu, tersingkir di konsert Gegar Vaganza musim ke-empat (GV4), Elyana mengumumkan dia seorang penghidap kanser limfoma pada tahap empat.