Sun12172017

LAST_UPDATESun, 17 Dec 2017 3pm

Ryan Reynolds Terima Tawaran Jadi Pikachu

..

Aktor kacak Ryan Reynolds dilaporkan telah menerima tawaran untuk membintangi filem live-action 'Pokemon'. Beliau bakal memainkan peranan sebagai Pikachu.

 

Lapor Variety, Reynolds akan bergandingan bintang filem Big Little Lies, aktes Kathryn Newton. Filem arahan pengarah Rob Letterman turut dijayakan pelakon muda Justice Smith.

Filem Pokemon berlatarkan aksi penculikan yang mana Pikachu merupakan seorang detektif.

Penggambaran filem tersebut dijaduakan akan bermula tahun depan di London.

Difahamkan Reynolds kini dalam proses mendalami karakternya. Khabarnya aktor tersebut mengunnakan kaedah yang sama seperti yang dilakukan Andy Serkis ketika menjadi Gollum (atau kera) dalam filem War for the Planet of the Apes.

Penerbit Universal Pictures akan mengambil alih pemasaran filem ini ke negara di luar Jepun. Sementar produksi yang bekerjasama dengan Pokemon Company akan mengendalikan pemasaran di seluruh Jepun, nanti.