Sun12172017

LAST_UPDATESun, 17 Dec 2017 3pm

Kata-kata Sheila Majid Salah - Annuar Musa

..

Menerusi laporan mStar online, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, kenyataan penyanyi yang juga ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid di twitter mengenai kenaikan kos sara hidup adalah tidak benar.

Portal Kelab Penyokong Barisan Nasional (BBNBC) melaporkan Annuar sebagai berkata, banyak perkara yang dikatakan Sheila adalah tidak benar.

"Banyak yang salah, kerana ini bukan bidangnya," kata Annuar.

Bagaimanapun Annuar berkata, beliau menghormati pandangan dan tanggapan rakyat dan bersikap positif mengenainya.

“Kita kena hormati suara di luar sana. Kita kena beri perhatian. Kita kerajaan kena positif,” katanya.

Pada Selasa, Sheila menulis di Twitter mengenai kekecewaanya terhadap kenaikan kos sara hidup yang dihadapi kebanyakan rakyat Malaysia.

"Makanan mahal, ringgit lemah, kos sara hidup tinggi dan pekerjaan tidak mencukupi," antara yang disebut Sheila di Twitter.

Sheila turut menyatakan bahawa ramai rakyat Malaysia mahu Kerajaan memberi tumpuan untuk meletakkan negara kembali ke landasan.