Sun12172017

LAST_UPDATESun, 17 Dec 2017 3pm

Hormati Privasi Kami, Jangan Jadi Batu Api

..

Sepanjang minggu lalu, nama aktres Izreen Azminda dan status perkahwinannya menjadi ‘trending’ dalam kalangan masyarakat. Tak kurang yang melemparkan cacian dan hinaan selain menuduhnya sebagai perampas.

Memetik laporan Harian Metro, Izreen juga meluahkan rasa kesal terhadap sikap pengguna laman sosial yang menyerang Instagram rakan baiknya, Rita Rudaini.

"Saya tahu mereka kalau tidak puas hati akan cari sehingga lubang cacing. Jadi, apabila tidak dapat berbuat sedemikian di Instagram saya, orang lain pula jadi mangsa. Kenapa perlu bertindak sebegitu? Rita tidak bersalah dalam perkara ini. Berhenti ganggu dia dan jadi manusia yang boleh berfikir secara waras.

"Saya juga ingin ingatkan kepada orang luar, kalau boleh jangan jadi batu api. Ini membabitkan perkahwinan, jadi ia adalah hak privasi saya bersama suami dan isteri pertama. Cara mereka bercakap seolah-olah mereka hidup dan berada 24 jam bersama kami.

"Seperti suami saya katakan sebelum ini, beri dia ruang untuk menguruskan sendiri kedua-dua isteri dan keluarga. Campur tangan pihak luar boleh menambahkan lagi kekusutan,” katanya.

Izreen dan pemuzik bebas Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 29, bernikah di Sunway Damansara, Selangor, pada 8 Ogos lalu.