Thu12142017

LAST_UPDATEWed, 13 Dec 2017 11pm

John Mayer Jalani Pembedahan Buang Apendiks

..

Penyanyi yang hits dengan lagu Your Body Is a Wonderland, John Mayer dilaporkan telah dimasukkan ke hospital selepas terpaksa menjalani pembedahan membuang apendiks dengan segera.

 

John Mayer sepatutnya dijadualkan mengadakan persembahan di New Orleans pada 5 Disember lalu namun persembahan tersebut dibatalkan selepas dia mengalami kesaitan dan terus dikejarkan ke hospital.

"Awal pagi ini, Selasa, 5 Disember, John Mayer menjalani rawatan di hospital dan akan menjalani pembedahan membuang apendiks.

"Konsert Dead & Company terpaksa pada 5 Disember di New Orleans terpaksa ditunda,", kata agensi penyanyi itu menerusi satu kenyataan seperti yang dilapor Billboard.

Difahamkan bekas teman lelaki Taylor Swift ini terpaksa berehat beberapa hari untuk sembuh.