Tue12122017

LAST_UPDATETue, 12 Dec 2017 10am

"Saya Nampak Masa Depan Saya Dalam Mata Fattah"

..

Aktres jelita Nur Fazura, 34 mengakui keikhlasan tunangnya Fattah Amin, 27, mahu memperisterikannya memberi keyakinan sekaligus membuka hatinya untuk mendirikan rumah tangga bersama aktor itu.

Menurut Fazura, dia berasa bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang baik namun keputusan untuk berkahwin dibuat selepas dia benar-benar yakin bahwa masa depannya ada bersama lelaki itu.

"Rasanya ramai yang tahu saya seorang wanita yang berdikari. Saya seorang wanita yang degil dan selama ini kerjaya adalah keutamaan saya. Jadi saya merasakan perkahwinan itu masih jauh.

"Tetapi atas kuasa Allah saya bertemu dengan Fattah dan selepas beberapa bulan, dia pun melamar saya dan ketika itu membuatkan saya memikirkan sedalam-dalamnya dan pada hari dia melamar saya itu memang saya sudah terbuka hati untuk berkahwin.

"Saya rasa saya nampak masa depan saya dalam mata dia," katanya sambil tersenyum lalu menoleh ke arah Fattah yang berada di sebelahnya.

Semalam, sejurus tiba dari Mekah, pasangan ini mengadakan sidang media khas bagi menjawab spekulasi kononya sudah bernikah sebelum mereka berangkat menunaikan umrah pada 13 November lalu.

Bagaimanapun, mereka mengesahkan tiada majlis ijabkabul seperti yang didakwa. Sebaliknya Fattah menghantar rombongan merisik sekaligus mereka mengikat tali pertunangan pada tarikh tersebut.

Sementara pada 14 November yang lalu pula, majlis doa selamat keberangkatan mereka bersama keluarga masing-masing ke Mekah.

..

Jelas Fazura, sebab mereka merahsiakan majlis pertunangan tersebut atas permintaan keluarga masing-masing yang inginkan privasi. Namun dia dan Fattah sebetulnya memang merancang mahu berkongsi berita gembira tersebut sekembalinya mereka dari tanah suci.

"Atas permintaan keluarga yang mahukan privasi, jadi kami tidak dedahkan mengenai majlis pertunangan itu. Tetapi ia benda baik dan tentulah kami mahu berkongsi dengan semua namun disebabkan kami mahu memberi fokus kepada ibadah umrah, jadi kami rancang mahu berkongsi berita ini selepas pulang," tuturnya.

Jika tiada aral, majlis perkahwinan hero dan heroin drama Hero Seorang Cinderella ini akan berlangsung dalam masa terdekat bagaimanapun pasagan ini menyatakan majlis pernikahan mereka adakan diadakan secara tertutup.

Sementara majlis resepsi akan diadakan pada tahun depan.

"Kalau semuanya okay, insyaAllah tidak lama lagi dari sekarang.

"Akan ada dua resepsi iaitu satu majlis untuk keluarga dan para media. Satu lagi untuk para peminat kami," katanya.