Tue12122017

LAST_UPDATETue, 12 Dec 2017 10am

Peminat Puji Luna Maya Pakai Tudung

..

Selebriti popular Indonesia Luna Maya mencuri perhatian peminatnya selepas baru-baru ini tersebar beberapa foto menunjukkan dia dengan imej berhijab.

Sebanyak tiga foto aktres jelita ini dengan penampilan bertudung tersebar di Instagram bernama @moni**nederlandz.

Rata-rata peminat memuji kekasih Reino Barrack yang kelihatan begitu ayu dan manis dengan penampilan tersebut.

"Kamu adalah bukti dari cantiknya paras dan hati.

"Anugerah Terindah (berharap bisa pake hijabnya istiqomah) Amin," kapsyen yang tertulis di akaun tersebut.

Ada yang mendakwa Luna Maya memakai hijab untuk satu sesi penggambaran syuting.

Namun hingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada bekas kekasih Ariel (Noah) ini mengenai penampilannya itu.

"Semoga nggak dilepas ya mbak," kata seorang peminat.

"Ini buat syuting insyaallah sah 2 yah?," komen seorang lagi.