Thu12142017

LAST_UPDATEWed, 13 Dec 2017 11pm

Marvel Tertarik Badan Sado Ma Dong Seok

..

Selepas membintangi filem pecah panggung Korea, Train to Busan, pelakon Ma Dong Seok meraih populariti mendadak.

Malah beliau banyak menerima tawaran brlakon drama filem juga iklan. Terbaharu, pelakon berusia 46 tahun ini ddikabarkan mendapat tawaran menjalani sesi ujibakar daripada Hollywood iaitu daripada Marvel Studios.

Memetik laporan Sports World, rupa-rupanya Hollywood sangat tertarik dengan Ma Dong Seok selepas melihat kemampuan lakonannya dalam filem Train to Busan yang tayangkan di Festival Filem Cannes tahun lalu.

Dengan badannya yang sasa dan bahu lebar, pihak Hollywood terpukau melihat Ma Dong Seok yang dengan mudah dapat menewaskan zombie dengan tangan kosong. Menurut mereka, gaya lakonan Ma Dong Seok menunjukkan aura superhero dalam filem-filem.

Sementara itu, sebelum menceburi dunia lakonan, Ma Dong Seok sebenarnya merupakan jurulatih MMA dan atlet bina badan.