Tue12122017

LAST_UPDATETue, 12 Dec 2017 10am

Dedah Wajah Penuh 'A' Dalam Program TV Bulan Depan

..

Pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli buat masa ini belum bersedia mendedahkan wajah dan nama anak sulung mereka yang selamat dilahirkan pada 15 Oktober lalu.

Bagaimanapun menurut Amar berkata, wajah dan nama anak mereka dalam sebuah program realiti lapan episod yang mulai bersiaran awal bulan depan.

"Saya dan isteri berbesar hati nak kongsi wajah dan nama anak, tetapi kami mendapat hak eksklusif penyiaran dan tak boleh langgar kontrak. Insya-Allah awal bulan depan episod pertama mula ditayangkan.

"Apa saya boleh kongsikan, nama anak kami bermula dengan A.

“Saya dan isteri mengambil keputusan memuat naik juga gambar anak, tetapi tidak secara penuh. Sekurang-kurangnya dapat memenuhi permintaan peminat.

"Kami tak nak macam segelintir artis lain yang meletakkan emoji pada wajah anak. Ia hanya menimbulkan kemarahan orang,” jelasnya seperti yang dilapor Harian Metro.

Dalam pada itu Amar berkata dia juga turut ‘berpantang’ seperti isterinya apabila tidak mengambil sebarang tawaran kerja sepanjang hampir dua bulan ini.

Memandangkan ini anak pertama kami, jadi saya merasai pengalaman menguruskan semuanya. Disebabkan itu juga, kami tidak mengambil pembantu. Cuma saya beruntung apabila ibu mentua turut sama membantu.

“Buat masa sekarang, saya okey untuk buat sendiri. Alhamdulillah, anak juga tidak banyak ragam. Kalau menangis pun sebab nak menyusu atau dia buang air. Setakat ini belum ada lagi kejadian yang tak diingini,” katanya.