Park Shin Hye Fobia Soal Kahwin

  • Print

..

Aktres cantik Park Shin Hye mendedahkan perasaan takut sering membelenggu dirinya setiap memikirkan tentang perkahwinan sekaligus menjadikan dia tidak berani terikat dalam sesebuah hubungan.

 

Namun wanita berusia 27 tahun ini mengakui kadangkala timbul rasa cemburu tatkala melihat temannya lain yang sudah mendirikan rumah tangga.

"Saya juga takut. Saya dulu pernah bermimpi saya berkahwin, tapi melihat orang-orang di sekeliling saya, saya fikir perkahwinan adalah hal yang rumit.

"Saya iri dengan mereka (yang berkahwin), tapi juga bertanya-tanya apakah aku dapat menjalani hidup dengan baik bersama seseorang sepanjang hidup saya," katanya .

Sebelum ini, Shin Hye pernah dikaitkan dengan beberapa aktor seperti Lee Jong Suk, Jung Yong Hwa, Park Hae Jin sampai Choi Tae Joon. Bagaimanapun semua gosip itu dinaikan bintang drama The Heirs dan Doctors ini.

Sementara mengenai perkembangan karier, Shin Hye kini sibuk mempromosikan filem terbaharunya berjudul Silent Witness.