Fri11242017

LAST_UPDATEFri, 24 Nov 2017 6pm

Disney Bakal Terbitkan Trilogi Star Wars

..

San Francisco: Disney mengumumkan rancangan untuk menerbitkan trilogi baharu filem sains fiksyen Star Wars, susulan kejayaan luar biasa francais berkenaan.

 

"Kami mempunyai cita-cita besar untuk francais Star Wars," kata Ketua Eksekutif Disney, Robert Iger.

Menurut Iger, satu perjanjian sudah dimeterai antara pihaknya dan pengarah The Last Jedi, Rian Johnson untuk menerbitkan trilogi terbaharu berkenaan.

"Kejayaan francais Star Wars adalah melebihi jangkaan sejak Disney mengambil alih LucasFilm lima tahun lalu," kata Iger.

Berikutan itu, katanya, Disney bercadang untuk melancarkan filem cereka mengenai Star Wars yang akan disiarkan menerusi perkhidmatan berbayar baharu yang menawarkan 'ribuan jam' kandungan filem dan televisyen.

Pada masa sama, Disney memuji kejayaan dua filem terdahulu Star Wars yang mencatat kutipan 'box office' dan menyatakan keyakinan bahawa filem The Last Jedi yang bakal ditayangkan bulan depan, bakal meraih kejayaan yang sama. - AFP