Tue11212017

LAST_UPDATETue, 21 Nov 2017 8am

[VIDEO] Sambil Tunjuk Bekal, Aliff Syukri Hamun Netizen Label Beliau Kedekut

Tatkala konsert akhir AF Megastar sudah melabuhkan tirai malam tadi, tumpuan kini terarah pula kepada penaja utama program realiti tersebut yang mengamuk selepas dituduh kedekut.

Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dalam rakaman video dimuat naik di laman Instagramnya hari ini tampil membidas kritikan netizen yang melabelnya sebagai tangkai jering gara-gara hanya memberikan hadiah wang tunai kepada juara sahaja.

Sambil menegaskan beliau terpaksa membawa bekal ke tempat kerja semata-mata mahu berjimat untuk menaja program tersebut, Aliff memaklumkan hak untuk memberikan hadiah kepada pemenang bukan ditentukan oleh beliau, sebaliknya pengendali program tersebut.

"Kalau korang hebat sangat, korang je sponsor (taja). Aku sponsor berjuta-juta okey. Hak hadiah semua bukan hak saya. Suka-suka korang je nak kutuk saya kedekutlah, bagi hadiah kat seorang pemenang sajalah.

“Kau ingat AF itu rancangan Aliff Syukri Kamarzaman ke? Itu rancangan Astro. Ingat bila kita sponsor, kita boleh buat suka-suka ke apa yang kita nak? Nak naik atas pentas pun kena minta kebenaran.

"Saya ni bayar berjuta ya untuk sponsor, jadi kalau korang-korang tak tahu, baik korang diam saja,” tulisnya sebagai kapsyen kepada video tersebut, hari ini.

Terus meluahkan rasa marah terhadap pihak yang mengkritiknya, pengasas produk kesihatan dan kecantikan D’Herbs itu berkata, netizen suka melemparkan kata-kata kesat tanpa mengetahui hal sebenar.

"Korang tahu tak nak cari duit ini, aku separuh mampus. Korang nampak aku seronok je tetapi aku mengagau cari duit nak bayar kat Astro, korang pikir tak? Korang ni memang dah terbiasa mengutuk. Jadi ada je benda yang dicari salah. Padahal tak ada kaitan pun dengan saya.

“Saya ini pun tak berapa pandai tapi tak adalah sampai nak lebih-lebih menunjuk pandai macam korang ni. Ingat kita ini sponsor suka-suka ke? Tahu tak kita ni sponsor sebab nak dapat airtime iklan, nak promosi produk sebab rancangan itu ratingnya tinggi. Jadi banyak orang tengok,” tegasnya.

Jelasnya, program hiburan nombor satu negara itu tetap akan diadakan walaupun bukan melalui tajaannya.

"Kalau saya tak sponsor pun, AF itu tetap juga berjalan ya. Awak-awak semua yang suka sangat mencari salah orang ni, buka mata dan buka sikit minda itu," katanya.

Dalam rakaman tersebut juga kelihatan seorang wanita turut menghemburkan kata-kata pedas terhadap segelintir netizen yang disifatkannya sebagai “tidak berpelajaran”.

"Tengok Datuk berjimat, nak cari duit nak sponsor punya pasal, bawa bekal tau... Diorang tak tahu apa-apa Datuk, tahu kritik je, dah la bodoh tak tahu apa, lepas tu nak kutuk orang...," kata wanita itu.

Terdahulu, konsert final yang berlangsung di Royal Theatre, Shah Alam pada Ahad menyaksikan lima peserta berentap untuk merebut gelaran Megastar.

Tuah nyata berpihak kepada Nur Farah Idayu Yaakob atau lebih dikenali sebagai Idayu apabila bekas pelajar AF musim ketiga itu dinobatkan sebagai Juara AF Megastar, sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000.

Selain itu, Idayu menerima hadiah percutian selama 10 hari ke Turki, e-Gift daripada Go Shop bernilai RM6,000 dan trofi.

Finalis Syamel dipilih pemenang Anugerah The Ultimate Performer dan membawa pulang baucar kad hadiah elektronik (e-gift card) bernilai RM3,000, manakala Marsha menerima Anugerah Terlajak Laris De' Herbs dan berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000.

 

jgn salahkan saya..kalau korang hebat sgt korang jee sponser . . aku sponser berjuta2 okey ..hak hadiah smua bukan hak saya..Suka2 korang je nak kutuk saya kedekut la bg hadiah kat sorang pemenang je lah....ko ingat af tu rancangan Aliff Syukri kamarzaman ke? tu rancangan astro...ingat bila kita sponsor kita boleh buat suka2 ke apa yg kita nak nak naik stage pun kena minta kebenaran..saya ni bayar berjuta ya utk sponsor jadi kalau korang2 tak tau baik korang diam jer ..korang tau tak nak cari duit ni aku separuh mampus korang nmpak aku seronok jee tp aku memngagau cari duit nak bayar kat astro korang pikir tak??...korang ni mmg dah terbiasa mengutuk jadi ada je benda yg di cari salah...padahal x ada kaitan pun dgn saya . . . Saya ni pun tak berapa pandai tapi tak lah sampai nak lebih2 tunjuk pandai mcm korang ni...Ingat kita ni sponsor suka2 ke? tau tak kita ni sponsor sbb nak dapat airtime iklan,nak promosi produk sbb rancangan tu ratingnya tingginjadi banyak orang tengok...kalau saya x sponsor pun af tu tetap juga berjalan ya awak2 semua yg suka sangat nak cari salah orang ni...buka mata dan buka sikit minda tu......

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on Oct 22, 2017 at 8:35pm PDT

- mD