Thu11232017

LAST_UPDATEThu, 23 Nov 2017 11am

Ed Sheeran Patah Tulang Rusuk, Konsert Seluruh Asia Batal

..

London - Penyanyi popular Ed Sheeran, berkata beliau mengalami 'lebam dan patah' semalam, ketika dalam proses pemulihan akibat kemalangan basikal yang menyebabkan pergelangan tangan, siku dan rusuknya patah.

Kemalangan itu juga menyebabkan konsertnya di seluruh Asia terpaksa dibatalkan.

Sheeran, 26, memakai pembalut penuh pada satu tangan dan selempang pada satu tangan lagi ketika menyertai permaidani merah di Awards Q bagi muzik di London.

"Saya mengalami lebam dan patah tetapi saya tidak apa-apa. Saya kemalangan basikal dan patah pergelangan, siku dan rusuk," katanya.

Sheeran menambah, jadual konsert jelajah dunia 'Divide' seterusnya terpulang kepada pengurus dan ejennya.

Penyanyi itu, dalam siaran Instagram minggu ini menyatakan beliau mengalami patah pada pergelangan tangan dan siku dan tidak boleh mengadakan konsert untuk beberapa waktu.

Kecederaan itu memaksa pembatalan konsert di Taipei, Osaka, Seoul, Tokyo dan Hong Kong setakat itu. - Reuters