Sat11252017

LAST_UPDATESat, 25 Nov 2017 2am

Saya Dah 'Move On' - Afifah Nasir

..

Meskipun masih ada segelintir pihak yang melemparkan persepsi negatif terhadap dirinya ekoran kontroversi 'karaoke' yang tercetus beberapa bulan, namun sedikit pun tidak mematahkan semangat Afifah Nasir meneruskan kerjaya lakonan.

Bagi gadis berusia 24 tahun cukup dengan adanya sokongan daripada keluarga, orang tersayang para peminat serta orang-orang industri yang sentiasa memberikan kata-kata semangat kepadanya.

"Saya tidak kisah apa orang nak cakap sebab bukan mereka yang bagi saya makan. Saya akan tetap teruskan kerjaya lakonan saya selagi ada tawaran. Tetapi setakat ini semuanya okay kerana selepas saja sidang media lalu, keadaan kembali seperti biasa.

"Kalau ada yang jumpa saya di luar, mereka bertegur sapa dengan saya secara baik. Malah orang-orang produksi, pengarah dan produser juga memberikan kata-kata semnagat kepada saya.

"Kalau asyik nak memikirkan tentang adil atau tidak adil, kita memang tak boleh nak tutup mulut orang. Saya dah move on dan banyak yang saya belajar daripada kontroversi tersebut dan saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang," katanya ketika ditemui pada sidang media Anugerah Skrin 2017 baru-baru ini.

Dunia hiburan tanah air sebelum ini gempar apabila penyanyi Aliff Aziz ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan isterinya Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada 27 Julai lalu.

Bella bersama ibunya dikatakan berjaya menemui Aliff namun dia didaparti bersama seorang wanita iaitu Afifah di pusat hiburan berkenaan.

Dalam pada itu, adik kepada pelakon Anzalna Nasir ini berkata, dia mengetahui wujudnya laman Facebook palsu menggunakan namanya dan lebih teruk akaun tersebut sering memuat naik status berbaur provokasi yang sengaja direka oleh individu tidak bertanggungjawab.

Afifah bagaimanapun tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap individu tersebut kerana dia berpendapat tiada keperluan untuknya berbuat sedemikian.

"Facebook palsu itu masih wujud dan aktif. Walaupun banyak posting berbaur provokasi dan memburukkan saya tapi saya tidak buat laporan atau ambil tindakan. Saya malas hendak perbesar-besarkan perkara ini.

"Sebelum ini pun saya sudah jelaskan itu adalah akaun palsu. Terpulang pada orang hendak percaya atau tidak. Sebenarnya saya jarang aktif di Facebook," katanya.

Dalam perkembangan lain, Afifah baru saja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Chor dan Char musim kedua. Di kini sibuk di set drama Syurga Yang Ke-2.