Thu11232017

LAST_UPDATEThu, 23 Nov 2017 9am

Jim (Blues Gang) Menderita Penyakit Demensia, Rakan Anjur Konsert Kumpul Dana

..

Pengasas juga pemain bass kumpulan Blues Gang, Jim Madasamy, kini sedang menderita akibat penyakit sindrom demensia yang juga dikenali sebagai aphasia progresif.

Pengidap penyakit ini secara perlahan akan kehilangan keupayaan bahasa mereka termasuk bercakap, memahami, membaca dan menulis. Bagaimanapun menurut pakar, pesakit boleh disembuhkan dan tidak ada ubat untuk merawatnya.

Walau bagaimanapun, beberapa terapi mungkin boleh membantu memperbaiki atau mengekalkan keupayaan pesakit untuk berkomunikasi dan kembali menguruskan keadaan mereka.

Sementara itu, teman baik Jim iaitu Ganesh bersama beberapa rakan lain akan mengadakan persembahan amal sebagai usaha mengumpul dana untuk untuk membantu mengurangkan beban kos terapi sahabat mereka.

Konsert amal tersebut akan diadakan ruang muzik live Timbre KL, pada 19 November, dari pukul 6 petang hingga 11 malam.

Sokongan peminat akan sangat dihargai dan bermakna bagi kumpulan itu serta ahli keluarga Jim. Butiran lanjut tentang persembahan atau bagi yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Zizi 012-328 5543.

Blues Gang cukup terkenal di industri muzik tempatan sejak tahun 1970-an. Mereka popular dengan lagu seperti 'Apo Nak Di Kato' dan 'Khatulistiwa'.

Selain Jim, anggota lain terdiri daripada Ito Mohd (vokal dan harmonik), Julian Mokhtar (gitar dan vokal), Abdul Ghani (papan kekunci) dan Shaik Karim (gendang dan vokal).

Walaupun mereka tidak lagi aktif sebagai band, anggotanya masih aktif di pentas muzik dengan kumpulan masing-masing