Fri10202017

LAST_UPDATEFri, 27 Oct 2017 9am

KWAVE 2 Kembali Dengan 7 Artis, Harga Tiket Lebih Berpatutan

..

Selepas kejayaan Festival Muzik Kwave 2017 (Kwave Music Festival) yang lalu, seperti yang pernah dijanji penganjur, konsert Kpop terhangat dan dinanti-nantikan peminat bakal kembali menerusi siri kedua.

 

Dianjurkan oleh MacPiepro, konsert yang diberi nama 'K-Wave 2 Music Festival Brought to You By Mcalls' ini bakal berlangsung pada 13 Januari depan bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Dengan harga tiket yang lebih berpatutan, peminat dijamin tidak akan menyesal kerana konsert selama tiga jam ini akan dihangatkan oleh tujuh kumpulan KPop sensasi masa kini.

Barisan artis tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

Seperkara lain yang menarik, acara kali ini, ia bukan sekadar memberikan peminat hiburan konsert malah pelbagai aktiviti menarik seperti permainan interaktif akan diadakan sepanjang hari tersebut.

Pakej istimewa juga ditawarkan di mana peminat boleh mendapatkan tiket-tiket berserta simpack Mcalls Y33 dengan harga serendah RM34 sehingga RM478 (rock zone). Maklumat lanjut layari www.facebook.com/MaxpiePro.

..

Terdahulu, festival Muzik K-Wave siri pertama yang diadakan di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 8 Ogos lalu berjaya memukau lebih 6,000 peminat.