Tue12122017

LAST_UPDATETue, 12 Dec 2017 12am

Fazley Timang Anak Perempuan

..

Hasrat penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, untuk memiliki cahaya mata perempuan dimakbulkan Tuhan apabila isterinya, Azrene Ahmad, selamat melahirkan anak keempat mereka.

Menerusi laporan BH online, Fazley, 39, berkongsi berita gembira tersebut di laman sosial Instagramnya. Bagaimanapun tidak menyatakan tarikh dan lokasi anak keempatnya itu dilahirkan.

..

Fazley yang kini berada di Chennai, India, cuma berkata, beliau bersyukur isterinya selamat bersalin.

"Syukur alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan. Saya sangat gembira kerana sudah lama kami menantikan cahaya mata perempuan.

"Bagaimanapun, maafkan saya kerana tidak dapat bercerita lanjut mengenai anak kami ini. Apapun, saya tetap akan berkongsi maklumat apabila sudah tiba masanya nanti," katanya yang menjalani rakaman program masakan, Ketuhar Antarabangsa, di negara itu.

Fazley yang berkahwin dengan Azrene pada 2007 dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah yang lebih mesra disapa Payish, 9, Ahmad Fieradz Shah (Piyash), 8, dan Ahmad Firudz Shah (Piyush), 6.