Thu10192017

LAST_UPDATEMon, 23 Oct 2017 8am

Masuk 'Army' Separuh Jalan, Seo In Guk Disindir Netizen

..

Awal tahun ini, pelakon dan penyanyi popular Seo In Guk dilaporkan menjalani latihan ketenteraan. Namun selepas sebulan berada di kem, bintang drama Shopping King Louie ini terpaksa menangguhkan latihan selepas dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan pada buku lali kaki kiri.

Berdasarkan keputusan pemeriksaan dan rawatannya, doktor mengesahkan pemuda berusia 29 tahun ini terpaksa menerima hakikat bahwa dia tidak boleh meneruskan khidmat ketenteraan.

Baru-baru ini, In Guk meluahkan rasa sedihnya kerana tidak dapat meneruskan tanggungjawab kepada negaranya seperti mana kebanyaka pemuda lain di Korea Selatan.

Begitupun, luahan In Guk itu nampaknya dibalas dengan respon negatif daripada kalangan netizen yang tidak langsung berasa simpati sebaliknya menanggap In Guk sebenarnya lebih senang hati kerana 'terlepas' daripada menjalani latihan di dalam kem tentera.

"Saya haira kenapa selebriti sering dapat pengecualian, Haha," sindir seorang netizen.

"Saya juga punya masalah yang sama tapi saya mampu menjalani latihan hingga tamat. Kenapa dia tidak?" soal seorang lagi netizen.

"Kakinya tiba-tiba sakit padahal biasanya tidak apa-apa kalau di depan TV, Haha," tulis yang lain.

"Jangan bohong! kalau betul mahu masuk army, sebenarnya tidak perlu berikan rekod kesihatan. Pihak tentera sebenarnya tidak teliti soal itu," komen seorang lagi individu.

"Dalam hatinya pasti dia berkata 'hoorey saya keluar kem tentera'," kata seorang lagi.