Fri10202017

LAST_UPDATEFri, 27 Oct 2017 9am

Kiera (Clevergirl Malaysia) Sudah Padam Status, Mohon Maaf

..

Bekas peserta Clever Girl Malaysia yang mewakili Pulau Pinang iaitu Noor Syakirah Mohd Azam (Kiera) telah menarik balik kenyataanya dan memadam status yang dimuat naik di laman Instagram miliknya minggu lalu.

 

"Saya sudah padam status kenyataan itu dan bermakna saya menarik balik semula kenyataan berkenaan. Tambahan pula, saya sudah berjanji dengan produksi untuk tidak memberi sebarang komen terhadap keputusan penarikan diri tersebut," ujarnya seperti yang dilaporkan mStar online.

Penarikan dirinya daripada program itu mencetus isu ekoran kenyataan terbukanya menerusi akaun Instagram Kieracatkingdom yang mendedahkan keputusan dia menarik diri disebabkan rasa kurang senang dengan pihak produksi program berkenaan.

Dalam kenyataan itu, dia memberitahu beberapa peserta kegemaran produksi sudah diberikan jawapan awal agar mendapat laluan mudah ke pringkat seterusnya.

Kiera bagaimanapun telah memohon maaf terhadap kenyataan yang dibuat secara terbuka berkaitan tindakannya itu.

Graduan Sains Kejuruteraan dari Universiti Oxford itu juga berharap orang ramai berhenti membuat spekulasi negatif yang boleh menjejaskan rancangan terbitan Media Prima tersebut.