Mon12112017

LAST_UPDATEMon, 11 Dec 2017 7pm

Pelakon Harry Potter Terima Passport Serbia

..

Belgrade: Aktor dan pengarah terkemuka Britain, Ralph Fiennes yang memegang watak Lord Voldemort dalam siri filem Harry Potter menerima pasport Serbia, hari ini, susulan usahanya mempromosi negara Balkan itu.

 

Keputusan untuk menganugerahkan status warganegara kehormat kepada aktor berusia 54 tahun itu, dibuat awal bulan ini oleh Kerajaan Serbia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Ana Brnabic.

"Saya tidak menyangka akan menjadi warganegara Serbia dan nampaknya saya sudah memilikinya (kewarganegaraan)," kata Fiennes dalam satu majlis ringkas selepas majlis penyerahan pasport dan kad pengenalan Serbia oleh Presiden Aleksandar Vucic di sini, semalam.

Sementara itu, Vucic berkata: "Kami, rakyat Serbia gembira untuk menerima anda sebagai sahabat kami dan kini kami memiliki anda sebagai rakan senegara".

Fiennes pernah dicalonkan untuk Anugerah Oscar sebanyak dua kali, tampil dalam kira-kira 30 filem, antaranya Schindler's List, The English Patient, Skyfall, dan Spectre.

Beliau kini berada di Belgrade bagi menjalani penggambaran filem mengenai penari balet legenda, Rudolph Nureyev.

Pada 2010, Fiennes pernah mengarah filem bertajuk Coriolanus berlatarkan Serbia, hasil adaptasi karya Shakespeare.

"Fiennes mempromosikan Serbia menerusi hasil kerja seni dan perniagaannya.

"Beliau rakan sejati. Jadi wajar beliau layak menerima anugerah warganegara kehormat ini," kata Brnabic kepada akhbar harian Politika, awal bulan ini. - AFP