Fri10202017

LAST_UPDATEFri, 27 Oct 2017 9am

28 Jam Berjuang, Acha Septriasa Selamat Lahirkan Anak Perempuan

..

Selepas melalui proses melahirkan dalam tempoh yang panjang, aktres jelita Acha Septriasa, 28, akhirnya selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

Acha melahirkan anak sulungnya itu di hospital di Royal Hospital for Woman Sydney, Australia, pada 20 September (semalam).

Menurut Rita Emza iaitu ibu kepada bintang filem Kartini itu, anak dan cucucunya kini berada dalam keadaan sihat.

"Iya, bayi cantik dan sihat tadi pagi jam 12.14 (waktu Sydney) dengan berat 3220 gram," kongsi Rita Emza seperti yang dilaporkan media Seberang.

Rita terbang ke Sydney empat hari lalu untuk melawat sekaligus memberi semangat kepada anak kesayanganya sebelum melalui proses melahirkan.

Tambahnya, Acha berjuang selama 28 jam dan selalunya pihak hospital di Australia tidak mengalakkan pesakit mereka bersalin secara pembedahan.

"Normal, berjuang selama 28 jam dia. Kalau di sini memang harus normal walau sakit, kasihan sih," tuturnya.

Selain tidak boleh menjalani pembedahan, Acha juga tidak diperbolehkan ke rumah sakit sebelum kandungannya terbuka sebesar 7 sentimeter.

Sehingga berita ini ditulis, nama bayi comel tersebut belum lagi didedahkan kepada umum.

Acha atau nama sebenarnya Jelita Septriasa mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Vicky Kharisma pada 11 Disember 2016 di Jakarta.

Pasangan itu mula bertemu dan menjalin hubungan cinta ketika mereka sama-sama mengikuti pengajian di sebuah universiti swasta di Malaysia.

Mereka kini menetap di Australia.