Fri11242017

LAST_UPDATEThu, 23 Nov 2017 11pm

Elfira Terkejut Buka-buka Pintu Nampak Mercedes Benz Idamannya

..

Hasrat selebriti Elfira Loy, 23, untuk memiliki kereta idaman, Mercedes-Benz A-Class A200 akhirnya tercapai, hasil keuntungan daripada menjalankan perniagaan sepanjang Ramadan lalu.

BH online melaporkan, Elfira berkata, dia sudah lama memiliki lesen memandu namun, disebabkan takut memandu, niatnya untuk memebeli kereta sering tertangguh.

"Saya sudah lama memiliki lesen, cuma tidak mempunyai keyakinan untuk memandu bersendirian. Kebetulan, hasil jualan menerusi jenama Elfira Loy sepanjang Ramadan lalu begitu memberangsangkan.

"Jadi, ibu yang menjaga akaun perniagaan membantu menguruskan pembelian kereta idaman itu. Saya terkejut ketika mahu keluar bekerja, kenderaan itu sudah ada di depan rumah," katanya

Berkongsi rahsia kejayaan pada usia muda, Elfira berkata, sepanjang 10 tahun pembabitan dalam dunia seni, sebahagian daripada hasil pendapatannya akan diasingkan sebagai simpanan.

Sekiranya mahu membeli sesuatu, dia akan berusaha mendapatkan barangan yang menjadi impiannya itu dengan menceburi cabang kerjaya lain seperti memulakan perniagaan.

Mengenai perkembangan seni, sedang menjalani penggambaran drama Kerna Syurga Bukan Percuma untuk siaran Astro Oasis.