Thu09212017

LAST_UPDATEThu, 21 Sep 2017 10am

"Saya Tak Cari Video Lucah, Orang Yang Hantar 'Link'

..

Baru-baru ini, Ahmad Idham di dakwa kononnya beliau kantoi menonton video lucah apabila tindakannya meletakkan tanda suka (like) pada salah sebuah video berkenaan di laman sosial Twitter.

 

Membidas dakwaan tersebut, pengarah filem berusia 43 tahun ini berkata penggunaan media sosial yang meluas dan terlalu terdedah menyebabkan dia sering menerima pautan-pautan laman web yang tidak sepatutnya.

"Perkara itu tidak mustahil kerana zaman sekarang kita telalu terdedah dengan penggunaan Internet. Kadang-kadang ada sahaja orang hantar link yang bukan-bukan kepada kita.

"Bohonglah kalau saya kata saya tidak pernah tengok video lucah. Tapi ia bukan saya yang mencari video seperti itu sebaliknya ada sahaja individu yang hantar bukan-bukan di laman sosial kita, bila buka... rupa-rupanya ia kandungan yang tidak senonoh," ujarnya seperti yang dilaporkan mStar Online.

Laman sosial Twitter Idham yang didakwa 'like' akaun pelakon lucah.Laman sosial Twitter Idham yang didakwa 'like' akaun pelakon lucah.

Dia juga tidak menolak jika ada pihak yang kurang senang bertindak menggodam laman sosial miliknya dengan tujuan tersebut.

"Saya baru tahu tentang perkara ini dan malas nak layan. Sekarang banyak sahaja cara orang nak malukan kita.

"Sedangkan gambar pun mereka boleh sunting apatah lagi benda-benda seperti itu. Setahu saya laman-laman web lucah di negara ini sudah disekat macam mana nak cari melainkan yang bijak pandai dengan Internet sahaja," ujarnya.