Thu09212017

LAST_UPDATEThu, 21 Sep 2017 10am

Ada Sebab Shasha Simpan Darah Tali Pusat Anak

..

Menerusi laporan BH online, selebriti popular, Shasha Saidin mengakui sanggup menyimpan darah tali pusat anaknya, Adam Aryasenna Notosoemarsono, 7, sebaik dilahirkan demi kepentingan kesihatan anak sulungnya itu di masa depan.

 

Shasha, 41, berkata, walaupun tindakannya itu dianggap pelik oleh rakan dan kenalan, beliau yakin usaha itu memberi banyak manfaat di masa depan untuk Adam.

"Adam mungkin tidak memerlukan darah tali pusat berkenaan, tapi pada masa depan ia sangat berguna untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.

"Sekarang, sudah banyak kajian menunjukkan manfaat darah sel stem yang diambil dari tali pusat untuk menyembuhkan penyakit seperti barah darah.

"Tidak mustahil banyak lagi kajian akan dijalankan yang mana boleh menjadi penawar penyakit lain," katanya.

Beliau juga mendapat galakan, terutama daripada ibunya yang gemar menggunakan bahan semula jadi atau organik untuk merawat penyakit ringan seperti batuk.