Sat09232017

LAST_UPDATESat, 23 Sep 2017 2pm

Gadis Histeria, Tumbuk Muka Sendiri Selepas Tonton Annabelle

..

Sebelum ini dilaporkan, penonton di negara Korea terkencing dalam seluar akibat ketakutan ketika menonton filem seram - thriller, Annabelle: Creation.

{ Baca lagi : Tonton Annabelle Sampai Terkencing Dalam Seluar? }

Satu lagi kes, terjadi di Brazil dan kali ini dilaporkan seorang penonton wanita mengalami histeria sehingga menumbuk dirinya sendiri sebaik saja keluar dari pawagam selepas menonton filem yang disebut-sebut sebagai filem Hollywood Paling Seram itu.

Menurut laporan Daily Mail, wanita yang berusia 20 tahun itu telah menonton filem tesebut pada tayangan lewat malam di pawagam di sebuah pusat membeli belah dekat Terestina, Timur laut Brazil.

Sejurus keluar dari pawaga, dia tiba-tiba histeria dan telah dikejarkan ke hospital berdekatan.

Aksi wanita itu ketika histeria sempat dirakam oleh melalui telfon pintar oleh salah seorang pengunjung pawagam. Dalam rakaman video itu menunjukkan wanita berkenaan terbaring di lantai sambil menjerit-jerit dan terbatuk-batuk.

Beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian cuba menenangkan gadis itu apabila dia mula bertindak gila menumbuk mukanya sendiri.

Selepas keadaan menjadi tidak terkawal, gadis itu terus dibawa keluar dari tempat kejadian menggunakan kerusi roda. Dia terus di bawa ke hospital di bandar Brazil di Piaui.

Sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak pawagam juga pusat membeli belah tersebut. Tidak diketahui apakah punca sebenar yang mendorong gadis itu bertindak pelik dan kejam terhadap dirinya sendiri.

">